Sunday, September 13, 2009

Is it wrong to be expressing my feelings in my mothertongue? It sounds more personal and more sentimental like that.

Sudah tidak tertahan kudrat di hati
Melayari segala cubaan dan dugaan
Segala tomahan and andaian
Menguris perasaan yang sedia ada goyah

Meniti tiap-tiap mentari dengan persoalan
Mampukah aku? Tabahkah aku?
Apa yang dicari sebenarnya?
Kejayaan atau penerimaan?

Keikhlasan dihati untuk meruntun ilmu
Dipersoalankan. Patutkah ianya begitu?
Tiada siapa yang tahu
Kecuali yang Maha Esa

Ya Allah, Ku panjatkan doaku padamu
Hanya dirimu yang mengetahui
Isi dihati ini.
Bimbinglah, tabahkanlah diri ini

Berterbangan seperti debu
Goyah bercampur air mata
Namun berpaut bagai tali nyawa yang terakhir
Aku ikhlas menerima suratan takdir

No comments:

Post a Comment